Posts

Showing posts from December, 2017

Palestine-Israel

Image
6 Disember 2017, Rabu. Presiden Amerika Syarikat (USA), Donald Trump telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila beliau mengumumkan Jerusalem ataupun Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. Pengumuman tersebut sememangnya membuatkan masyarakat tersentak kerana Jerusalem sebelum ini milik Palestine. Di situ juga terdapatnya Masjid Al-Aqsa yang merupakan antara 3 masjid yang dituntut untuk dilawati. Sememangnya umat Islam di dunia bimbang akan nasib yang bakal menimpa masjid tersebut selepas pengumuman itu dibuat oleh Donald Trump.  Google sudah menghilangkan Palestine di Google Map selepas pengumuman Donald Trump. Ternyata kali ini sungguh melampau tindakan mereka. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump Presiden Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan merupakan antara pemimpin dunia terawal yang menyuarakan bantahan. Tindakan beliau dilihat begitu tegas apabila tersebar video beliau memberikan ucapan membantah tindakan Presiden USA itu.  " Al...

Penceroboh Tumpas

Image
Assalamualaikum. Baru semalam sahaja saya menceritakan kisah pencerobohan dan pertempuran di Lahad Datu, Sabah. Hari ini dikhabarkan berlaku insiden berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dengan seorang penceroboh di perairan laut Silam, Lahad Datu. Berdasarkan laporan, pasukan keselamatan negara dikatakan mengesan sebuah bot yang dipandu oleh seorang lelaki. Oleh sebab curiga dengan tindakan suspek, pasukan keselamatan cuba menghampiri bot berkenaan.  Menyedari tindakan tersebut, suspek memecut laju bot tersebut dan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselataman. Pasukan keselamatan kemudiannya membalas tembakan bagi mempertahankan diri. Selang beberapa minit, pasukan keselamatan menemui semula bot tersebut dan mendapati terdapat seorang lelaki terbaring di dalam bot berkenaan dengan kesan tembakan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata hasil siasatan mendapati suspek merupakan salah seorang komander kumpulan Abu Sayyaf iaitu militan di Selatan Filipin...

LAHAD DATU DICEROBOH 2013

Image
Masihkah kau ingat ? Insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 ? Masihkah anda semua ingat ada yang bergadai nyawa menjaga kedaulatan negara ? Aku Tingkatan 4 ketika insiden ini berlaku. Ceritanya bermula pada Februari 2013. Orang awam melihat beberapa orang asing lengkap berpakaian ala tentera dan lengkap bersenjata api memasuki Felda Sahabat, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Mereka dikatakan memasuki Sabah menggunakan bot pancung. Orang awam kemudiannya melaporkan kepada polis kerana bimbangkan ancaman keselamatan. Susulan laporan yang dibuat, anggota keselamatan dikerahkan ke tempat kejadian dan mengesan penceroboh berkenaan. Ketika itu, Ketua Polis Negara ialah Tan Sri Ismail Omar. Beliau mengesahkan perkara tersebut dan berkata penceroboh berkenaan merupakan kumpulan dari Filipina yang menyokong kuat pergerakan Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah. Bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku, pihak keselamatan negara menjalankan rundingan dengan pihak penc...