Palestine-Israel
6 Disember 2017, Rabu. Presiden Amerika Syarikat (USA), Donald Trump telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila beliau mengumumkan Jerusalem ataupun Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. Pengumuman tersebut sememangnya membuatkan masyarakat tersentak kerana Jerusalem sebelum ini milik Palestine. Di situ juga terdapatnya Masjid Al-Aqsa yang merupakan antara 3 masjid yang dituntut untuk dilawati. Sememangnya umat Islam di dunia bimbang akan nasib yang bakal menimpa masjid tersebut selepas pengumuman itu dibuat oleh Donald Trump. Google sudah menghilangkan Palestine di Google Map selepas pengumuman Donald Trump. Ternyata kali ini sungguh melampau tindakan mereka. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump Presiden Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan merupakan antara pemimpin dunia terawal yang menyuarakan bantahan. Tindakan beliau dilihat begitu tegas apabila tersebar video beliau memberikan ucapan membantah tindakan Presiden USA itu. " Al...