Pesawat C130H Mendarat Cemas

Assalamualaikum


18 November 2017

Tular di media sosial semalam pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ) mendarat cemas di Pangkalan Udara Labuan. Lebih mengejutkan pesawat C130 Hercules milik TUDM itu mendarat tanpa tayar.

Berdasarkan laporan, pesawat berkenaan menjalani penerbangan latihan seperti biasa. Pendaratan cemas itu berlaku disebabkan masalah gear pendaratan. Laporan mengatakan masalah itu dapat dikesan selepas 10 minit pesawat berkenaan berlepas . Menyedari masalah tersebut, juruterbang terpaksa membatalkan latihan tersebut dan langkah-langkah keselamatan diambil untuk menangani masalah tersebut.

Pesawat berkenaan dikatakan terpaksa terbang berlegar - legar di ruang udara selama 6 jam bagi membakar bahan api pesawat. Tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya impak yang kuat semasa pendaratan cemas dibuat. Pesawat kemudian membuat pendaratan cemas tanpa tayar.

Alhamdulillah, pesawat C130 Hercules itu selamat mendarat dan kesemua 8 krew penerbangan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kecekapan juruterbang dan krew penerbangan pesawat mengawal keadaan perlu dipuji. Mereka mengatasinya berdasarkan prosedur tindakan operasi (SOP) yang ditetapkan serta latihan yang mereka jalani selama ini membuatkan mereka tidak panik berdepan detik cemas ini .

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (dua dari kiri) bersama - sama krew pesawat TUDM C130 Hercules yang mendarat cemas di Pangkalan Udara Labuan semalam ketika sidang media berlangsung.
Sumber : Berita Harian Online

Sementara itu, juruterbang pesawat terbabit, Mejar Zul Helmie Zainuddin turut berkata tindakan yang diambil oleh beliau adalah betul dan mengikut SOP yang ditetapkan. Beliau mengatakan ada 2 langkah yang boleh diambil untuk pendaratan cemas terbabit. 

Apa yang ingin saya katakan adalah Syabas !! Mereka berjaya menangani masalah dengan baik. Terima kasih juga kepada pihak terlibat semasa pendaratan cemas ini dibuat di Pangkalan Udara Labuan.


Keadaan pesawat milik TUDM yang mendarat cemas di Pangkalan Udara Labuan.
Sumber: Berita Harian Online

Comments

Popular posts from this blog

Gerik, Perak

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

PILIHAN RAYA KAMPUS