Berbalah Kerana Fahaman Berbeza ?
Berbalah Kerana Fahaman Berbeza ?
Setiap saat terutamanya di media sosial pasti ada sahaja rakyat Malaysia yang bergaduh sesama sendiri. Bagaikan sudah menjadi rutin harian yang wajib dibuat. Apa puncanya ?
Perbezaan fahaman politik.
Itu merupakan punca utama yang menyebabkan perbalahan ini sering terjadi. Baik di pihak pembangkang mahupun di pihak kerajaan. Masing-masing ingin menegakkan idea sendiri. Itu betul. Berbalah demi mendapatkan kebenaran tidak salah. Yang salahnya bila sudah kekeringan idea ingin menghujah mulalah mengeluarkan kata-kata kesat. Tidak cukup dengan itu tarik pula rakan-rakan yang lain untuk terlibat sama dalam perbalahan ini bagi menyokong hujah-hujah mereka.
Yang peliknya, ada sesetengah itu kencang di laman sosial tetapi dalam dunia realiti dia diam membisu seribu kata. Tidak selaju pergerakan jari-jemarinya.
" Keyboard warrior " itulah gelaran orang kita terhadap mereka yang rancak di media sosial. Sebenarnya, dalam membahaskan fahaman sendiri itu memang akan wujudnya ketengangan tetapi tidak enak jika dihujahkan dengan kata-kata kesat. Rasa jijik pula membaca sesetengah perkataan itu . Lebih teruk lagi, ada yang mula mengaitkan keluarga orang terbabit kononnya untuk mengukuhkan lagi hujah mereka. Itu merupakan taktik kotor yang menyebabkan lawannya akan tersungkur secara perlahan-lahan. " macai, penjilat, anjing, dll " merupakan kata-kata kesat yang sering dilontarkan.
Jika betul mahu berhujah, biarkan dia memberikan idea-ideanya dahulu. Ini tidak, baru sahaja ingin membuka kata sudah dituduh macam-macam. Memang adatlah hendak mempertahankan idea itu mesti kena kemukakan hujahan yang mungkin tidak dipersetujui oleh pihak lawan. Pihak lawan pun sama juga. Ini asalkan mempertahankan idea kata-kata kesat sudah mula singgah di pihak terbabit.
Pendapat sayalah, jika pihak pro dikatakan " macai " tidak kurang juga pihak yang membangkang sebabnya kedua-dua asyik bergaduh hendak pertahankan fahaman masing-masing. Yang bergaduhnya penyokong, pemimpin baik-baik sahaja kalau berjumpa. Orang biasa kalau dah bergaduh sudah menarik muka. Dah berumur bawa-bawalah sedar diri. Bergaduh sekejap kemudian berbaiklah semula.
Kesimpulannya, mahu bergaduh silakan tetapi berbaiklah semula. Tidak perlu membuat cerita panjang sebab tidak bermakna kita betul jika berada di sebelah pihak saja dan perlu melihat pendapat pihak lain juga untuk membuat penilaian . Renung-renungkanlah . Itu sahaja rasanya coretan ringkas saya. Terima kasih.
Comments
Post a Comment