Posts

Showing posts from September, 2017

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

Image
Assalamualaikum  Hari ini saya seperti terpanggil untuk menulis mengenai masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin membimbangkan.  Jika dilihat perlbagai isu yang timbul masa ini seperti pembuangan bayi, merompak, buli, merempit, penyalahgunaan dadah serta yang terbaru ini terdapat kes remaja bertindak diluar batasan kemanusiaan apabila mereka bertindak membalas dendam dengan cara membakar pusat tahfiz . Ini merupakan suatu berita yang amat menggemparkan negara pada 14 September yang lalu apabila kebakaran tersebut mengorbankan 23 nyawa . Hasil siasatan, pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM ), berjaya menahan 7 remaja berusia antara 11 - 18 tahun . Bayangkan umur semuda ini sudah berani bertindak di luar batasan . Hasil saringan air kencing juga PDRM mendapati remaja - remaja tersebut positif dadah . Oleh itu, apa agaknya yang menyebabkan remaja sekarang semakin berani melibatkan diri ke dalam masalah sosial ?  Jika kita fikirkan ...

TEKANAN ?

Image
PERNAH MENGALAMI TEKANAN ?  Tekanan atau lebih dikenali dengan " stress " . Semua orang pernah mengalami tekanan ini cumanya pada tahap yang sederhana ataupun melampau. Perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat tetapi ramai tidak tahu bahawa mereka yang mengalami stress ini menyebabkan kesihatan mereka terganggu .  Pelbagai punca yang boleh kita kaitkan dengan berlakunya stress ini . Persekitaran seseorang itu salah satu puncanya . Seseorang akan berasa kurang senang sekiranya keadaan sekelilingnya itu tidak tenang . Sebagai contoh seseorang itu terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang menyebabkan dia terpaksa menunggu berjam-jam untuk sampai ke sesuatu destinasi . Dia sudah mula memikirkan pelbagai perkara di dalam kepalanya menyebabkan dia menjadi rungsing dan seterusnya merasakan semakin tertekan . Hal ini mampu mengganggu emosi dia .  Punca yang seterusnya ialah bebanan tugasan tempat kerja . Seperti yang kita tahu, sudah bany...

Jom Jog !

Image
Hai Semua ..  Kali ini saya mahu bercerita tentang aktiviti setiap petang saya di Gerik sebelum saya memasuki universiti . Jika sebelum ini saya pernah menceritakan mengenai Lapangan Terbang Gerik yang menjadi tumpuan untuk beriadah, kali ini saya ingin menceritakan semula . Sebenarnya di situ merupakan "Zon Hidup Sihat " . Ramai yang ke situ melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti berjogging , berbasikal , berlatih Muay Thai dan sebagainya . Di situ juga ramai yang duduk melepak sahaja .  Aktiviti saya di situ ? Semenjak habis tingkatan 6, saya selalu ke lapangan terbang tersebut untuk berjogging . Pada mulanya niat saja suka-suka, tapi setelah melihat perubahan yang dialami saya menjadikannya aktiviti harian . Saya selalu jogging mengelilingi lapangan terbang sebanyak 2 kali atau mengikut jaraknya ialah 2.4km . Setelah kerap berjogging seorang diri, datang seorang kenalan saya bernama Amir mengajak saya mengikuti dia dan rakan-rakannya yang lain berjogging memas...

PILIHAN RAYA KAMPUS

ASSALAMUALAIKUM 19 September 2017 . Tarikh ini merupakan pengenalan diri saya kepada pilihan raya kampus . Ia merupakan sesuatu yang agak baru bagi saya . Perkara ini diadakan untuk kita memilih perwakilan pelajar di peringkat kampus atau universiti . Lebih kurang seperti pilihanraya umum . Ia memerlukan kempen daripada pihak-pihak yang ingin bertanding dalam pilihanraya .  Apa yang baru bagi saya ? Saya dapat lihat bagaimana caranya pihak-pihak berkenaan menjalankan kempen pilihanraya mereka . Sebagai contoh saya melihat wakil-wakil cuba menarik perhatian orang ramai dengan mengadakan konvoi bermotosikal , menyanyikan lagu sokongan serta berhimpun secara beramai-ramai dengan membentangkan manifesto . Dari sini kita dapat lihat kesepakatan semua pihak dalam menjayakan calon-calon yang akan bertanding .  Sebelum mereka bertanding, proses penamaan calon diadakan terdahulu . Di sini , kita dapat melihat perarakan pelbagai pihak untuk memberi sokongan kepada calon-cal...

Universiti Kebangsaan Malaysia

Image
Assalamualaikum  Universiti Kebangsaan Malaysia . Alhamdulillah ... Saya antara yang terpilih dalam pengambilan pelajar baharu UKM sesi 2017/18 di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan . Dengar pada namanya sahaja sudah gah orang kata . Bagi saya ini merupakan cabaran kepada saya . Tahniah juga saya ucapkan kepada semua yang dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi masing-masing .  26 Ogos 2017 saya berdaftar di UKM . Tarikh itu memulakan permulaan baru . Berkenalan dengan rakan yang baru . Melalui segala aktiviti sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa ( 3M ) . Sepanjang 3M itu kita dapat mengenali rakan - rakan yang baru . Saya diletakkan di Kolej Dato' Onn iaitu sebuah kolej yang dikatakan strategik tempatnya . Kolej ini juga dikatakan antara kolej yang terawal dibina semenjak tertubuhnya UKM ini . Saya berasa bersyukur berada di sini . Namun begitu, kehidupan di universiti ini tidak seindah yang dikatakan . Kita sendiri yang akan mengu...

KENAPA DENGAN BETTAS ?

Image
Apa Itu " Bettas " Hai semua . Jika dilihat URL blog saya meletakkan nama " wanbettas.blogspot.com " . Ada yang tertanya apa yang dimaksudkan dengan " Bettas " ? Saya ceritakan . Perkataan ini sebenarnya diambil daripada nama saintifik sejenis ikan iaitu " Betta Splendens " ataupun lebih dikenali dalam masyarakat kita ikan laga . Kenapa saya letakkan nama tersebut ? Sebab saya seorang yang berminat dengan ikan laga . Jadi saya pernah menggunakan nama " WAN BETTAS " dalam laman sosial yang mana Wan itu daripada nama saya manakala Bettas itu ialah singkatakan kepada " Betta Splendens " tetapi tidak lama kerana ada yang mempunyai nama yang sama . Walaubagaimanapun , saya masih menggunakan nama tersebut semasa bermain permainan video . Minat yang macam mana ? Tengoklah gambar tu . Banyakkan saya bela ? Ya . Itu merupakan ikan yang saya pernah miliki dahulu. Balik cuti raya haji baru ini tinggal 2 ekor saha...

Gerik, Perak

Image
Salam Sejahtera Semua  Bertemu lagi dalam entri kali ini . Entri yang pertama saya tidak perkenalkan diri saya lagi . Saya Wan Mohamad Zulhilmi dan berasal dari Gerik, Perak Darul Ridzuan . Kali ini saya bukanlah nak berceritakan tentang diri saya tetapi saya nak ceritakan mengenai tempat asal saya . Gerik bukanlah bandar besar seperti Ipoh, Taiping ataupun Kuala Kangsar . Gerik ini merupakan satu daerah kecil yang berada di Hulu Perak . Istilah " hulu " itu sendiri pun sudah menimbulkan persepsi yang kurang enak dari masyarakat luar terutamanya . Kami ini hanya dianggap berada di dalam pekan bukanlah bandar .  Jika mendengar cerita masyarakat lama, mereka berkata nama " Gerik " ini asalnya daripada seekor haiwan seperti tikus yang sering menggerit makanannya dan menghasilkan bunyi " grit " . Hasil daripada bunyi itu maka wujudlah nama " Grit " ini dan telah mengalami beberapa proses peralihan dari " Grit "  menjadi ...

TRAGEDI 2012

Image
TRAGEDI 2012 Salam sejahtera semua .  Hari ini saya nak ceritakan pengalaman hitam saya dan rakan - rakan  pada tahun 2012. Bermula tahun 2010 , saya dan rakan - rakan mula berminat dengan aktiviti berbasikal . Minat ini tercetus bila kami diajak oleh seseorang yang sudah lama bergiat aktif dalam aktiviti ini . Selepas diajak dan dipujuk kami mula berminat dan cuba  untuk dapatkan basikal . Pada mulanya hanya beberapa orang sahaja yang sudah memiliki basikal ini dan selebihnya masih belum .  Alhamdulillah pada tahun 2011, saya dapat memiliki basikal jenama Oscar Festino walaupun harganya tidak semahal basikal rakan-rakan yang lain . Oleh itu, saya memulakan aktiviti ini bersama mereka . Pada mulanya kami hanya kayuh keliling kawasan perumahan dan pekan-pekan sahaja . Maklumlah , masih takut-takut lagi . Setiap aktiviti kami sebenarnya disertai oleh mereka yang sudah lama bergiat aktif maka, setiap kali kami mahu kayuh mereka akan ikut serta bersama ....