PILIHAN RAYA KAMPUS
ASSALAMUALAIKUM
19 September 2017 . Tarikh ini merupakan pengenalan diri saya kepada pilihan raya kampus . Ia merupakan sesuatu yang agak baru bagi saya . Perkara ini diadakan untuk kita memilih perwakilan pelajar di peringkat kampus atau universiti . Lebih kurang seperti pilihanraya umum . Ia memerlukan kempen daripada pihak-pihak yang ingin bertanding dalam pilihanraya .
Apa yang baru bagi saya ? Saya dapat lihat bagaimana caranya pihak-pihak berkenaan menjalankan kempen pilihanraya mereka . Sebagai contoh saya melihat wakil-wakil cuba menarik perhatian orang ramai dengan mengadakan konvoi bermotosikal , menyanyikan lagu sokongan serta berhimpun secara beramai-ramai dengan membentangkan manifesto . Dari sini kita dapat lihat kesepakatan semua pihak dalam menjayakan calon-calon yang akan bertanding .
Sebelum mereka bertanding, proses penamaan calon diadakan terdahulu . Di sini , kita dapat melihat perarakan pelbagai pihak untuk memberi sokongan kepada calon-calon yang akan bertanding . Kita juga dapat lihat bagaimana ia dijalankan di mana calon itu sendiri perlu pergi ke pihak berwajib untuk mencalonkan diri mereka dan kegagalan calon pihak lawan menyerahkan nama calon menyebabkan berlakunya kemenangan di satu kerusi yang dipertandingkan . Selepas penamaan calon berjalan, barulah kempen pilihanraya diadakan seperti yang saya katakan terdahulu .
Dalam pada masa yang sama, kita dapat lihat juga bagaimana cara mereka bertanding ataupun berkempen. Maksud saya di sini mereka bertanding secara sihat atau sebaliknya . Alhamdulillah . Sepanjang saya melihat calon-calon berkempen, saya tidak nampak lagi berlakunya perselisihan faham antara mereka mahupun sebarang perkara yang tidak diingini berlaku . Cumanya berlaku juga kegiatan perli sesama mereka . Di sini juga saya dapat lihat semangat calon-calon perwakilan mengumpulkan orang ramai untuk mendengar janji mereka yang akan ditunaikan sekiranya menang pilihanraya ini . Dari pagi sampai ke malam mereka berkempen .
Setelah berkempen, barulah pemilihan calon dijalankan. Hari inilah ia dijalankan . Saya menjalankan tanggungjawab saya seawal 8.00 pagi tetapi giliran untuk mengundi pada jam 10.25 pagi . 2 jam menunggu giliran kerana ramai yang turun melaksanakan tanggungjawab . Sekarang jam menunjukkan pukul 5.51 petang . Pusat pengundian pun sudah tutup. Kita nantikan saja keputusannya .
Sebenarnya tiada apapun yang saya nak sampaikan . Hanya ingin bercerita sahaja . Harapnya terhibur . Itu sahaja petang ini . Terima kasih .
Comments
Post a Comment