Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja



Assalamualaikum 

Hari ini saya seperti terpanggil untuk menulis mengenai masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin membimbangkan.


 Jika dilihat perlbagai isu yang timbul masa ini seperti pembuangan bayi, merompak, buli, merempit, penyalahgunaan dadah serta yang terbaru ini terdapat kes remaja bertindak diluar batasan kemanusiaan apabila mereka bertindak membalas dendam dengan cara membakar pusat tahfiz . Ini merupakan suatu berita yang amat menggemparkan negara pada 14 September yang lalu apabila kebakaran tersebut mengorbankan 23 nyawa .


Hasil siasatan, pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM ), berjaya menahan 7 remaja berusia antara 11 - 18 tahun . Bayangkan umur semuda ini sudah berani bertindak di luar batasan . Hasil saringan air kencing juga PDRM mendapati remaja - remaja tersebut positif dadah . Oleh itu, apa agaknya yang menyebabkan remaja sekarang semakin berani melibatkan diri ke dalam masalah sosial ? 


Jika kita fikirkan semula, pembentukan awal jati diri remaja masa kini bermulanya dari rumah . Keruntuhan institusi kekeluargaan boleh menjadi punca remaja menjadi liar tanpa hala tuju . Kepincangan dalam keluarga, pergaduhan, pernceraian ibu bapa ataupun kurangnya perhatian keluarga terhadap remaja mendorong remaja untuk keluar mencari ketenangan dengan cara yang salah . Dalam hal ini, remaja akan menjadi tertekan apabila berlakunya masalah di dalam rumah . Apabila di luar, mereka akan tersilap langkah apabila mula terpengaruh dengan anasir kotor seperti penyalahgunaan dadah, berparti ataupun merempit apabila mereka merasakan ini dapat menyelesaikan masalah mereka tetapi mereka silap apabila ini merupakan titik permulaan mereka untuk terlibat ke dalam masalah sosial yang lebih serius . 

Ibu bapa juga seharusnya memantau gerak-geri anak-anak apabila mereka meningkat dewasa . Pada tahap inilah mereka mula memberontak untuk mendapatkan sesuatu kepuasan . Di mana anak-anak berada ? Dengan siapa ? Waktu bila ? Itu semua perlu diambil perhatian oleh ibu bapa . Tidak salah jika bertegas jika mereka degil . Saya masih ingat kata-kata dari DYMM Sultan Johor " biar anak menangis, jangan kita yang menangis " . Di sini kita perlu faham di mana ketegasan atau larangan kita itu dapat menyelematkan para remaja daripada terjebak dengan masalah sosial . 


Seterusnya, kurangnya didikan agama juga mendorong para remaja terlibat dengan masalah sosial . Hal ini dikatakana demikian kerana, remaja akan tersilap langkah serta hilang pedoman sekiranya tidak mempunyai pengetahuan agama yang kuat . Perkara ini berlaku apabila mereka tidak dapat menilai sesuatu perkara itu dengan baik. Sekiranya mereka mampu menilai, mereka akan dapat melihat kebaikan atau keburukan perbuatan mereka itu .

Oleh hal yang demikian, langkah yang drastik perlu dilaksanakan bagi membendung masalah ini . Antaranya ialah memberikan pendidikan kesedaran tentang bahayanya masalah sosial ini . Pendidikan ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak sama ada pihak sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) . Hal ini dapat memberikan pendedahan kepada para remaja keburukkan mengenai masalah sosial . Melalui pendidikan ini, mereka dapat mengetahui kesannya dan tidak berani melibatkan diri dalam masalah ini .


Peningkatan penguatkuasaan undang - undang juga perlu dibuat . Hal ini mampu menakutkan remaja melibatkan diri dalam masalah sosial . Kelemahan penguatkuasaan undang-undang sebelum membuatkan mereka berani bertindak diluar batasan kemanusiaan . Mungkin dengan denda sahaja tidak cukup menyedarkan mereka . Justeru, penambahbaikan perlu dibuat supaya mereka tidak lagi berani mengulanginya .

Masalah ini merupakan antara cabaran negara dalam menuju Wawasan 2020 . Peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja dapat menjejaskan kualiti modal insan . Semua pihak seharusnya memandang serius isu ini supaya dapat diatasi .

Sekian sahaja coretan saya yang tidak seberapa petang ini . Terima kasih membaca.  

Comments

Popular posts from this blog

Gerik, Perak

PILIHAN RAYA KAMPUS