KENAPA DENGAN BETTAS ?

Apa Itu " Bettas "

Hai semua . Jika dilihat URL blog saya meletakkan nama " wanbettas.blogspot.com " . Ada yang tertanya apa yang dimaksudkan dengan " Bettas " ? Saya ceritakan .



Perkataan ini sebenarnya diambil daripada nama saintifik sejenis ikan iaitu " Betta Splendens " ataupun lebih dikenali dalam masyarakat kita ikan laga . Kenapa saya letakkan nama tersebut ? Sebab saya seorang yang berminat dengan ikan laga . Jadi saya pernah menggunakan nama " WAN BETTAS " dalam laman sosial yang mana Wan itu daripada nama saya manakala Bettas itu ialah singkatakan kepada " Betta Splendens " tetapi tidak lama kerana ada yang mempunyai nama yang sama . Walaubagaimanapun , saya masih menggunakan nama tersebut semasa bermain permainan video .


Minat yang macam mana ? Tengoklah gambar tu . Banyakkan saya bela ? Ya . Itu merupakan ikan yang saya pernah miliki dahulu. Balik cuti raya haji baru ini tinggal 2 ekor sahaja . Saya mula berminat sejak dari kecil lagi sebab arwah ayah saya juga mempunyai minat terhadap ikan hiasan ini . Kelincahan dan keunikan ikan ini membuatkan saya dan sebahagian keluarga giat mencari dan membeli ikan ini mengikut citarasa masing - masing . Ikan  ini terdapat pelbagai jenis warna dan bentuk ekornya yang membuatkan ramai terpukau dengan kecantikannya . 

Contoh yang saya bela sekarang ini adalah jenis " halfmoon plakat " .  Macam mana kami mengenalpasti jenisnya adalah melalui bentuk ekornya . Itu baru jenisnya, belum lagi nama mengikut warna pula . Saya pun masih belum arif lagi mengenai hal ikan ini . Masih lagi belajar bersama mereka yang sudah lama menceburkan diri dalam minat ini . 

Sebenarnya, saya belajar dari mereka yang mempunyai minat yang sama melalui laman sosial Facebook . Dalam Facebook, kami ada banyak group tentang ikan laga ini . Dari situ juga ada yang mencari rezeki dengan menjual ikan, makanan , perhiasan ikan hiasan dan suplemen ikan hiasan secara online . Boleh ke jual ikan online ? Ya, boleh . Ikan di dalam gambar itu saya membelinya secara online dari seorang penjual di Terengganu . 





Itu buktinya . Masa mula-mula sampai ke rumah . Sebenarnya saya hanya beli dua ekor yang selebihnya si penjual bagi secara percuma atas alasan ikan-ikan tersebut sudah berumur . Tiga hari saya tunggu, baru sampai ke tangan ikan ini dengan menggunakan perkhidmatan PosLaju . Semua sihat cuma pening bila lama sangat dalam kotak .  Ada yang kata membazir beli jauh-jauh sedangkan yang dekat ada . Tapi kalau sudah minat macam mana .  

Bukanlah ikan laga sahaja saya minat . Sebenarnya semua ikan hiasan saya suka . Cuma mesti akan ada satu yang kita betul-betul sukakan . Kalau lihat di laman sosial Facebook saya banyak saya kongsikan gambar-gambar ikan hiasan saya . Dari situ juga saya berkenalan dengan mereka yang mempunyai minat yang sama , berkongsi ilmu penjagaan ikan hiasan dan lain-lain  . Pernah juga saya bercita-cita hendak bukan kedai ikan hiasan tetapi entahlah . Itu cuma angan-angan sahaja . Penjagaan yang sedikit inipun kadangkala tidak terurus , bagaimana pula nak uruskan yang banyak  . Saya masih lagi berminat . Walaupun bila bela, ada yang mati . Saya teruskan lagi minat ini . 

Rasanya cukuplah penulisan tengah-tengah malam ini . Terima kasih kepada yang sudi membaca . Selamat malam .

Comments

Popular posts from this blog

Gerik, Perak

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

PILIHAN RAYA KAMPUS