TEKANAN ?

PERNAH MENGALAMI TEKANAN ? 


Tekanan atau lebih dikenali dengan " stress " . Semua orang pernah mengalami tekanan ini cumanya pada tahap yang sederhana ataupun melampau. Perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat tetapi ramai tidak tahu bahawa mereka yang mengalami stress ini menyebabkan kesihatan mereka terganggu . 

Pelbagai punca yang boleh kita kaitkan dengan berlakunya stress ini . Persekitaran seseorang itu salah satu puncanya . Seseorang akan berasa kurang senang sekiranya keadaan sekelilingnya itu tidak tenang . Sebagai contoh seseorang itu terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang menyebabkan dia terpaksa menunggu berjam-jam untuk sampai ke sesuatu destinasi . Dia sudah mula memikirkan pelbagai perkara di dalam kepalanya menyebabkan dia menjadi rungsing dan seterusnya merasakan semakin tertekan . Hal ini mampu mengganggu emosi dia . 

Punca yang seterusnya ialah bebanan tugasan tempat kerja . Seperti yang kita tahu, sudah banyak rungutan yang kita dengari dari ramai kakitangan sama ada awam ataupun swasta . Bebanan kerja kakitangan ini menyebabkan mereka berasa tertekan apabila mereka terpaksa kerja lebih masa ataupun mempunyai tugasan yang melampau hinggakan mereka yang sudah berkeluarga tidak mampu untuk meluangkan masa bersama . Hal ini akan mempengaruhi kerja mereka apabila mereka menghasilkan sesuatu kerja yang tidak berkualiti . Keadaan ini akan menyebabkan produktiviti kerja semakin menyusut . 

Namun begitu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tekanan ini . Salah satunya, kita boleh melakukan aktiviti riadah ataupun senaman ringkas.

Aktiviti riadah mampu mengurangkan tekanan yang dialami apabila kita dapat melupakan segala bebanan kerja buat sementara waktu . Sekiranya berkeluarga, inilah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama dan ini dapat membantu kita merehatkan minda apabila kita berseronok bersama mereka . Selain itu, semasa beriadah juga kita dapat bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat . Hal ini membantu kita untuk berkenalan dengan rakan yang baru sekali gus dapat membantu meningkatkan kemahiran sosial kita . 

Seterusnya, kita juga boleh menghadiri program-program kerohanian. Seperti yang kita sedia maklum, kerohanian dalam diri seseorang itu memainkan peranan penting dalam hidup . Dengan menghadiri program kerohanian, kita dapat membentuk jati diri yang kukuh dan ketenangan diri. Hal ini dikatakan kerana, kita boleh mempelajari cara-cara menguruskan tekanan dengan betul dan baik mengikut tuntutan agama. Secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan Tuhan . 

Secara kesimpulan, memang tidak dapat dinafikan kita tidak boleh lari dari sebarang tekanan. Pelbagai cara boleh kita ambil untuk menangani masalah ini . Terletak pada diri masing-masing dalam memilih jalan terbaik untuk diri . 


Comments

Popular posts from this blog

Gerik, Perak

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

PILIHAN RAYA KAMPUS