Jom Jog !
Hai Semua ..
Kali ini saya mahu bercerita tentang aktiviti setiap petang saya di Gerik sebelum saya memasuki universiti . Jika sebelum ini saya pernah menceritakan mengenai Lapangan Terbang Gerik yang menjadi tumpuan untuk beriadah, kali ini saya ingin menceritakan semula . Sebenarnya di situ merupakan "Zon Hidup Sihat " . Ramai yang ke situ melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti berjogging , berbasikal , berlatih Muay Thai dan sebagainya . Di situ juga ramai yang duduk melepak sahaja .
Aktiviti saya di situ ? Semenjak habis tingkatan 6, saya selalu ke lapangan terbang tersebut untuk berjogging . Pada mulanya niat saja suka-suka, tapi setelah melihat perubahan yang dialami saya menjadikannya aktiviti harian . Saya selalu jogging mengelilingi lapangan terbang sebanyak 2 kali atau mengikut jaraknya ialah 2.4km . Setelah kerap berjogging seorang diri, datang seorang kenalan saya bernama Amir mengajak saya mengikuti dia dan rakan-rakannya yang lain berjogging memasuki kampung berhampiran dengan jarak yang agak jauh .
Gambar saya bersama rakan-rakan semasa menghabiskan larian 8km . Penat tapi puas kerana dapat habiskan .
Pada mulanya memang agak keberatan sebab mereka berjogging laju manakala saya tidak tetapi tetap dipaksa . Akhirnya saya cuba . Cubaan kali pertama saya tidak dapat habiskan larian dalam kawasan kampung berkenaan dengan jarak 6km . Saya terpaksa berjalan sudahnya .
Mereka tetap berikan sokongan moral . Mereka katakan kepada saya " Nak kurus kena kuat Wan, try dulu " . Jadi saya ikut mereka setiap hari . Hasilnya saya mampu menghabiskan larian walaupun lambat . Jika mereka yang lain dapat habis masa dalam 20 hingga 30 minit , saya memerlukan 40 hingga 45 minit untuk habiskan larian . Itu tidak mematahkan semangat saya . Bagi saya, biar lambat dan ditinggal asalkan saya dapat menghabiskan larian .
Jadi hampir setiap hari saya bersama mereka . Saya juga sebenarnya " respect " dengan rakan-rakan saya kerana ada yang sudah berumur 62 tahun yang kami panggil " Ah Hong " dan
" Ah Seng " . Mereka boleh berjogging jaraknya hingga 21km . Jadi ini menjadi pembakar semangat saya .
Gambar kami semasa berlari santai di petang hari . " Ah Seng " berada di sebelah saya itu .
Dengan aktiviti harian kami, kami menubuhkan " Gerik Runners Group " . Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk membawa nama Gerik ke sebarang program atau acara larian yang dianjurkan . Alhamdulillah, rakan-rakan saya sudah berjaya menyertai dan ada yang menjadi johan . Saya saja belum berkesempatan menyertai sebarang program .
Gambar kami bersama baju rasmi Gerik Runners Group . Sebenarnya ramai lagi cuma mereka tiada semasa hari tersebut .
Sekarang ini sudah hampir 2 bulan saya tidak berjogging . Entah mampu atau tidak untuk kejar balik langkah yang dulu . Harapnya mampu . 18 November ini saya akan sertai satu acara larian . Harapnya dapat habiskan .
Jadi sampai di sini saja cerita saya semasa bercuti panjang selepas tamat persekolahan . Semoga berjumpa lagi . Terima Kasih !
Comments
Post a Comment