TRAGEDI 2012

TRAGEDI 2012

Salam sejahtera semua . 

Hari ini saya nak ceritakan pengalaman hitam saya dan rakan - rakan  pada tahun 2012. Bermula tahun 2010 , saya dan rakan - rakan mula berminat dengan aktiviti berbasikal . Minat ini tercetus bila kami diajak oleh seseorang yang sudah lama bergiat aktif dalam aktiviti ini . Selepas diajak dan dipujuk kami mula berminat dan cuba  untuk dapatkan basikal . Pada mulanya hanya beberapa orang sahaja yang sudah memiliki basikal ini dan selebihnya masih belum . 

Alhamdulillah pada tahun 2011, saya dapat memiliki basikal jenama Oscar Festino walaupun harganya tidak semahal basikal rakan-rakan yang lain . Oleh itu, saya memulakan aktiviti ini bersama mereka . Pada mulanya kami hanya kayuh keliling kawasan perumahan dan pekan-pekan sahaja . Maklumlah , masih takut-takut lagi . Setiap aktiviti kami sebenarnya disertai oleh mereka yang sudah lama bergiat aktif maka, setiap kali kami mahu kayuh mereka akan ikut serta bersama . 


Setelah berbulan, kami memberanikan diri untuk kayuh dengan jarak yang agak jauh . Paling jauh kami kayuh dalam jarak 18 kilometer . Jangan risau, kami masih dipantau oleh mereka yang lebih tua . Maklumlah , umur kami baru 14 tahun pada masa itu . Kami teruskan aktiviti kami macam biasa . Hampir setiap hari . Pada Sabtu dan Ahad kami dah buat perancangan untuk kayuh . Dalam pukul 7 pagi kami dah berkumpul di Lapangan Terbang Gerik dan memulakan kayuhan . Begitulah aktiviti kami setiap hari . 



Namun begitu , pembukaan tahun 2012 agak ngeri bagi kami . Kami merancang untuk kayuh ke dalam Kampung Air Ganda, Gerik. Ramai yang sertai kami . Sekitar jam 7.30 pagi kami memulakan kayuhan . Di kampung tersebut jalannya agak berbahaya kerana selekoh yang tajam dan berbukit dan ini menagakibatkan salah seorang rakan saya, Nukman terbabas dan melanggar tiang lampu jalan .  Tidak ramai yang sedar masa kejadian tersebut . Kawasan kampung tersebut sunyi dan sukar untuk mendapatkan talian telefon . Keadaan dia agak parah apabila ada koyakkan di kepalanya dan darah mengalir tanpa henti . Kami buntu seketika untuk mendapatkan pertolongan sehingga ada orang kampung yang melalui kawasan tersebut membantu kami membawanya ke hospital . Kayuhan kami terhenti dan semuanya pulang dengan menaiki Hilux orang kampung . Nukman terpaksa dibawa dari Hospital Gerik ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh . Alhamdulillah, kecederaannya dapat sembuh kembali , tetapi kejadian tersebut meninggalkan kesan kepada saya dan rakan-rakan yang lain . Hampir setahun jugalah tidak kayuh jauh-jauh . 

Sekarang, ada yang sudah mulakan semula aktiviti dan ada yang tidak macam saya . Basikal pun dah dijual kepada orang lain . Niat di hati ingin kembali bergiat aktif semula . Harapnya tercapai kembali impian ini. Jadi sekian saja perkongsian pengalaman dari saya kali ini .

Terima Kasih



Comments

Popular posts from this blog

Gerik, Perak

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

PILIHAN RAYA KAMPUS