Universiti Kebangsaan Malaysia

Assalamualaikum 

Universiti Kebangsaan Malaysia . Alhamdulillah ... Saya antara yang terpilih dalam pengambilan pelajar baharu UKM sesi 2017/18 di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan . Dengar pada namanya sahaja sudah gah orang kata . Bagi saya ini merupakan cabaran kepada saya . Tahniah juga saya ucapkan kepada semua yang dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi masing-masing . 

26 Ogos 2017 saya berdaftar di UKM . Tarikh itu memulakan permulaan baru . Berkenalan dengan rakan yang baru . Melalui segala aktiviti sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa ( 3M ) . Sepanjang 3M itu kita dapat mengenali rakan - rakan yang baru . Saya diletakkan di Kolej Dato' Onn iaitu sebuah kolej yang dikatakan strategik tempatnya . Kolej ini juga dikatakan antara kolej yang terawal dibina semenjak tertubuhnya UKM ini . Saya berasa bersyukur berada di sini .



Namun begitu, kehidupan di universiti ini tidak seindah yang dikatakan . Kita sendiri yang akan menguruskan diri kita sama ada berada di landasan yang terbaik atau sebaliknya . Alhamdulillah dari segi pergaulan saya dapat menguruskannya dengan baik . Saya boleh berinteraksi dengan kenalan yang baru dengan mudah . 

Cumanya , saya ada satu masalah yang mana saya sendiri rasa tidak mampu untuk mengendalikannya . Bagaimanapun, saya akan cuba sebaik yang mungkin . Saya tahu ingin memasuki ke sini bukannya mudah dan perlu melalui temuduga bersemuka . Saya sekarang berasa gusar dengan masalah sekarang ini . 

Hari ini , saya berada di kampung halaman untuk menceritakan masalah kepada keluarga . Alhamdulillah mereka memahaminya . Saya takut saya tertewas di saat awal pengajian . Sepatutnya hari ini saya perlu mengikuti Hari Keluarga Kolej Dato' Onn tetapi saya ingin juga pulang ke kampung . Jika tidak saya berasa gelisah dan tidak selesa memikirkan perkara ini . 

Apa - apapun yang berlaku saya cuba bertahan sedaya upaya saya . Harapnya saya kuat . Setakat ini sahaja dulu . Terima kasih . 

Comments

Popular posts from this blog

Gerik, Perak

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

PILIHAN RAYA KAMPUS