Gerik, Perak

Salam Sejahtera Semua 

Bertemu lagi dalam entri kali ini . Entri yang pertama saya tidak perkenalkan diri saya lagi . Saya Wan Mohamad Zulhilmi dan berasal dari Gerik, Perak Darul Ridzuan . Kali ini saya bukanlah nak berceritakan tentang diri saya tetapi saya nak ceritakan mengenai tempat asal saya .



Gerik bukanlah bandar besar seperti Ipoh, Taiping ataupun Kuala Kangsar . Gerik ini merupakan satu daerah kecil yang berada di Hulu Perak . Istilah " hulu " itu sendiri pun sudah menimbulkan persepsi yang kurang enak dari masyarakat luar terutamanya . Kami ini hanya dianggap berada di dalam pekan bukanlah bandar . 

Jika mendengar cerita masyarakat lama, mereka berkata nama " Gerik " ini asalnya daripada seekor haiwan seperti tikus yang sering menggerit makanannya dan menghasilkan bunyi " grit " . Hasil daripada bunyi itu maka wujudlah nama " Grit " ini dan telah mengalami beberapa proses peralihan dari " Grit "  menjadi " Gerit " kemudiannya " Grik " dan sekarang dipanggil Gerik .

Selesai mengenai namanya , kini saya nak ceritakan tanggapan masyarakat luar terhadap Gerik . Ramai yang mengeluh Gerik ini merupakan kawasan pendalaman , jauh , menakutkan dan sebagainya . Bagi saya, mereka yang berfikiran macam ini sebenarnya mereka yang tidak sukakan kawasan-kawasan yang terpencil . Ada segelintir masyarakat juga yang tidak tahu di mana Gerik ini tetapi bila ditanya pernah pergi ke Castella Cafe ataupun Tasik Banding tahu pula mereka . Kedua - dua tempat ini antara tempat yang menarik dan sering dikunjungi oleh pelancong tempatan atau luar negara . Jika ingin sampai ke sana , kita kena lalui Pekan Gerik ini ya semua . Dari segi jarak , memang agak jauh . Nikmatilah perjalanan anda ke Gerik sebab suasananya memang tenang terutama pada waktu pagi . Berkabus . 

Apa yang ada di Gerik ? 


Di Gerik, kami ada lapangan terbang . Tapi bukanlah lapangan terbang yang besar . Sebenarnya ia merupakan lapangan terbang untuk pesawat-pesawat ringan ataupun pesawat tentera . Lapangan ini diselia oleh pihak tentera kerana mereka menjalankan latihan di sini . Bagaimanapun , kita sebagai orang awam boleh melakukan aktiviti riadah di sini juga .


Gambar di atas ini pula merupakan Dataran Loma di Kuala Rui, Gerik . Pernah dengar tentang pesta ikan loma ? Pesta ini biasanya akan meriah terutamanya bila tiba musim hujan . Air sungai di sini akan menghanyutkan ikan-ikan sungai seperti ikan loma, ikan tengas, ikan tenggalan dan sebagainya . Paling terkenal sekali ikan loma sebab kita dapat memperolehinya dengan banyak dan mudah . Tidak perlu tunggu lama . Cuma sauk saja sudah dapat berguni-guni . Untungkan kami ? 


Gambar di atas inilah gambar kebanggaan masyarakat Gerik . Inilah pekan kami . Di mana kami bertemu rakan, mencari rezeki, keperluan dan sebagainya . Gambar ini diambil dari satu bukit yang mana kami memanggilnya " Bukit Celcom " . Bagi mereka yang baru nak berjinak dengan aktiviti mendaki biasanya akan mendaki bukit ini dulu . Pekan Gerik ini seronok bila masyarakatnya ramah dan mesra terutamanya berlainan kaum . Kami dapat berinteraksi dengan baik . Makan di sini pun sedap dan berpatutan . Cuma kalau mahu makanan yang betul-betul berbaloi boleh tanya saya secara personal . Tidak perlu risau dan takut .


Saya rasa sampai sini sahajalah entri kali ini . Kalau betul nak cerita seharipun belum tentu habis . Terima kasihlah sudi membaca penulisan saya yang tidak seberapa . Bertemu lagi kita nanti . Terima kasih . 

Comments

Popular posts from this blog

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

PILIHAN RAYA KAMPUS