Banjir Kembali
Musim tengkujuh mula melanda negara di penghujung tahun 2017. Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita akan menerima hujan yang lebat setiap kali hujung tahun menjelma. Apa yang merisaukan kita semua, hujan lebat yang berterusan menyebabkan beberapa negeri di Malaysia terlibat dengan bencana banjir terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Semalam, banjir mula melanda negeri Kelantan dan Terengganu ekoran hujan lebat berterusan. Keadaan ini mengakibatkan paras air sungai di negeri-negeri tersebut meningkat dan mula melimpah. Memang sudah dijangka bencana banjir ini kerana ianya berlaku setiap tahun. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM ), Angkatan Pertahanan Awam ( APM ) serta Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) antara agensi yang sudah bersiap siaga untuk menghadapi bencana banjir serta menghulurkan bantuan kepada mangsa. Setakat jam 7.00pm tadi, mangsa banjir di Kelantan...