Bencana

TAKZIAH


Pemandangan dari atas menunjukkan kawasan yang dilanda banjir di Pulau Pinang . 


Semoga semua mangsa banjir di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak tabah menghadapi bencana banjir tahun ini . Apa yang memilukan, kampung saya di Lenggong, Perak turut terlibat. Kini aku hanya menunggu panggilan dari saudara-mara sahaj untuk menghulurkan bantuan.

5 November 2017 . Jam 5 pagi aku bangun dari lena . Aku membuka telefon bimbit dan melayari Facebook. Lantas aku terkejut apabila melihat Pulau Pinang dilanda banjir dan ribut . Aku terus menghubungi abangku yang berada di sana . Dia mengesahkan kejadian itu . Aku terus mengikuti setiap laporan berita mengenai bencana ini . Sayu aku melihat apabila ada rakan-rakan aku memasukkan gambar di sekitar bandar Georgetown sudah ditenggelami air . Apa yang membuatkan aku tersentak ialah bulatan Seberang Jaya yang merupakan antara laluan utama di negeri itu tenggelam sepenuhnya . 


Bulatan Seberang Jaya ditenggelami air .

Banyak gambar yang membuatkan aku sayu apabila melihatnya. Bencana kali ini disifatkan bencana terburuk yang melanda Pulau Pinang . Setakat ini 4 dilaporkan terkorban apabila ditemui lemas dan mangsa merupakan warga emas . Ribut yang melanda turut memburukkan keadaan . Ada feri yang dipukul angin kuat sehingga terdampar di daratan. Pokok tumbang menghempap kediaman orang awam. Ada video yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, telah menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri untuk menghantar bantuan ke Pulau Pinang. Seperti yang kita sedia maklum, pihak tentera, polis, bomba dan lain-lain sudah sedia untuk berkhidmat terhadap mangsa banjir. Bahkan, mereka sudahpun diatur gerak ke kawasan bencana. Besar jasa mereka.

Di samping itu, beberapa di Kedah juga dinaiki air tetapi keadaannya tidak seburuk di Pulau Pinang. Lebuhraya Sungai Dua antara kawasan yang ditenggelami air menyebabkan pihak Projek Lebuhraya Utara-Selatan ( PLUS ) mengambil keputusan menutup laluan utama tersebut atas faktor keselamatan . Beberapa kawasan di Sungai Petani juga turut terjejas akibat banjir.

Tidak cukup itu sahaja . Aku dalam perjalanan pulang ke Bangi petang tadi menerima panggilan dari saudaraku bahawa kawasan kampung aku di Lenggong mula dinaiki air . Antara yang terjejas ialah Kampung Sumpitan, Kampung Gelok dan Kampung Malau berikutan hujan berterusan sejak dari Sabtu .  Itu sebab di awal entri ini aku menyatakan aku sedia untuk membantu masyarakat di kampungku sekiranya aku menerima panggilan daripada saudaraku. Buat masa ini  saudaraku mengatakan keadaan masih terkawal. 

Turut berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Gerik - Kuala Kangsar  yang menyebabkan satu laluan menghala ke utara ditutup bagi operasi pembersihan . Jalan lama Selama-Ijok juga turut menerima nasib yang sama apabila berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang . 

Tiada apa yang mampu aku katakan . Semoga semuanya dilindungiNya dan keadaan kembali pulih seperti sediakala . Di bawah ini aku paparkan gambar-gambar bencana yang melanda Pulau Pinang, Kedah dan Perak . #Pray4Utara

Pulau Pinang

Keadaan di Komtar, Georgetown .

Bot-bot nelayan di Pulau Pinang turut menerima kesan apabila rosak dipukul ombak kuat . 

Tanah runtuh yang turut berlaku di Pulau Pinang merosakkan kediaman orang ramai.

Keadaan sebuah feri yang dipukul ombak dan ribut kuat sehingga terdapat di daratan.

Kedah

Banjir yang melanda beberapa kawasan di Sungai Dua, Kedah . 

Perak

 Tanah runtuh yang berlaku di laluan Gerik-Kuala Kangsar arah utara .

Banjir di sekitar Lenggong Perak . 


Itu sahaja yang mampu dikongsikan . Ikuti berita secara online untuk mengetahui maklumat lanjut. 

Comments

Popular posts from this blog

Gerik, Perak

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

PILIHAN RAYA KAMPUS