HOBI BARU


ASSALAMUALAIKUM ...

Kali ini aku ingin berkongsi tentang hobi yang baru aku ceburi . Memerlukan kos yang agak tinggi untuk melibatkan diri dalam hobi ini . Dalam gambar tersebut terpapar 2 buah model pesawat pejuang iaitu Mig-29 ( kiri ) dan Skyhawk ( kanan ) . Itulah hobi baru aku . 

Kedua-kedua model tersebut sebenarnya ialah model yang telah disiap dipasang dan dicat . Pada asalnya, setiap bahagian model pesawat itu diasinngkan dan memerlukan seseorang yang tinggi kesabarannya dalam menyiapkan kedua-dua model pesawat ini .


Dari mana saya dapatkan kedua-dua model pesawat ini ? Saya membelinya secara atas talian . Anda semua yang ingin mencuba hobi ini boleh dapatkannya di Facebook " Millitary Hobby Malaysia " . Penjualnya berasal dari Pulau Pinang dan merupakan seorang " trusted seller " . Banyak model yang dia jual . Aku membeli model Mig-29 dan Skyhawk dengan harga Rm120 . Dengar sahaja harga itu ada yang mula mengatakan aku membazir . Kawan, itu minat aku, sama sahaja seperti kau yang merupakan seorang yang gila kereta . Hahaha .. Aku tak kisah apa yang orang katakan . 

Berbalik semula kepada hobi baru aku . Kenapa saya katakan hobi ini memerlukan kesabaran yang tinggi ? Sebabnya kita perlu teliti dan berhati-hati semasa menjalankan aktiviti pemasangan bahagian model pesawat ini . Satu kesilapan berlaku, emosi anda akan terganggu . Seperti mana yang berlaku kepada aku, sudah siap dipasang dan dicat, baru aku perasan aku tidak sengaja mengecat kanopi pesawat tersebut . 


Lihatlah sendiri kanopi yang aku tidak sengaja semburkan cat . Sudahnya aku mengambil keputusan untuk catkannya dengan warna hitam. Kesilapan pertama dalam hobi ini . Hahaha..


Gambar tersebut merupakan antara peralatan yang digunakan dalam aktiviti memasang dan mengecat. Itu sahaja sudah menelan perbelanjaan sebanyak Rm72 . 

Hobi ini seperti mencabar diri kita . Ibarat membuat aktiviti seni halus terutamanya semasa memasang " decals " selepas dicat . Perlu berhati-hati bagi mengelakkan ia terkoyak dan bahagian pesawat tersebut tercabut . Sebab itu kalau ada yang mengganggu aku semasa menyiapkannya memang akan dimarah . 

Kepuasan yang aku dapat melalui hobi ini ialah dapat menyempurnakan dia . Memang puas hati walaupun ada kesilapan yang berlaku. 3 hari diperlukan untuk aku siapkan kedua-dua model pesawat ini . Kini, aku dalam perancangan mencari " mini airbrush kit " untuk memudahkan aktivit mengecat . Aku juga ingin membeli lagi model pesawat yang aku minat seperti Dassault Rafale, Sukhoi-30 dan lain-lain . Ini merupakan salah satu cabaran aku dalam hobi ini . Antara kekangan dalam hobi ialah peralatan yang terhad serta memerlukan kos yang agak tinggi bagi menyiapkan sesuatu model tetapi aku tetap berusaha supaya aku tidak sia-siakan hobi baru aku . Ini untuk kepuasan diri aku juga daripada aku berpeleseran tidak tentu hala . Hahaha .. 

Sekian Sahaja celoteh aku di sini . Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Gerik, Perak

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

PILIHAN RAYA KAMPUS