Mampukah ? ? ?
Assalamualaikum
Semua orang ingin banggakan ibu bapa mereka. Semua orang ingin membalas budi kepada ibu bapa mereka. Ya, ibu bapa sudah banyak berbakti kepada kita sehinggakan kita tidak mampu membalasnya. Melihat anak-anak mereka berjaya merupakan keinginan setiap ibu bapa. Oleh itu, ramai yang mahu berjaya dalam melanjutkan pelajaran untuk membanggakan orang tua mereka. Mampukah kita semua ?
Ini persoalan yang sering bermain di fikiran aku. Aku bukanlah seorang yang bijak pandai. Sebenarnya aku seorang yang "slow-learner" . Perlu dibimbing setiap masa. Bukan kerana aku seorang yang tidak mampu berdikari tetapi aku seorang yang lambat tangkap sesuatu yang baharu. Bila diluahkan dekat rakan, mereka hanya mampu menjawab " memang la ". Kadang-kadang aku terasa juga.
Memasuki menara gading. Ini cabaran aku. Bila dapat memasuki ke sebuah institusi pengajian tinggi, persepsi masyarakat terhadap kita sudah dapat kita jangkakan. Mereka akan menyanjung tinggi tetapi bila kita tewas mulalah ada mulut yang menjaja cerita buruk kita. Di sini, aku tahu cara pembelajarannya berbeza. Kita tidak sentiasa dibimbing oleh tenaga pengajar. Aku tahu semua itu. Aku tewas . Aku tidak boleh mengikuti cara begini sebenarnya. Ada yang kata " jumpalah lecturer " . Dah berjumpa tetapi aku tidak mampu juga sebenarnya. Antara kesilapan yang aku sedar ialah aku di bidang yang salah.
Sudahlah " slow-learner ", salah bidang pula. Rasa macam diri ini bodoh sendirian. Bila aku masuk ke kelas, aku rasakan aku seorang yang bodoh di situ. Melihat orang lain mengangguk faham, tetapi aku pula membisu tidak dapat menangkap apa yang disampaikan. Aku tanya juga pada rakan, minta tolong ajarkan semula. Seperti aku katakan, aku di bidang yang salah sebab itu aku sukar memahaminya. " Belajar dulu " itu yang rakan aku cakap. Sebenarnya, aku sedang bertahan di sini. Melihat sampai mana aku mampu.
Meluahkan pada rakan tidak dapat apa-apa. Bahkan, lagi dijaja cerita itu kepada rakan-rakanku yang lain pula. Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan. Dengan keadaan aku sekarang, aku rasakan aku tidak dapat membanggakan ibuku buat ketika ini. Aku sudah berkali-kali mengadukan hal ini. Pada mulanya sukar ibu memahami tetapi bila sudah tahap ini ibu aku kata " kalau rasa tak mampu, stop dulu . Jangan sampai badan sakit " . Memikirkan hal diri ini sebenarnya dah makan diri aku . Elok sahaja sihat, sudahnya lain yang jadi. Aku katakan yang cuba bertahan sampai mana aku mampu.
Sehingga hari ini, aku masih di sini. Aku cuba membanggakan ibu aku. Jikalau aku tidak mampu, aku memohon maaf kerana gagal membanggakan ibuku. Mungkin aku akan hentikan seketika perjalanan aku. Agak kesal juga jika aku berhenti. Rakan-rakan yang lain mampu berjuang tetapi aku tertewas di awal waktu.
Saat aku menyatakan hasrat aku itu kepada rakan aku, mereka sudah mula memandang sinis terhadap aku. Ada yang sudah menjauhkan diri dari aku. Mereka kata berkawan dengan orang gagal ini tidak elok. Memang aku terasa hingga ke hari ini. Mereka yang ingin menjauhkan diri aku, aku relakan.
Biar aku berjauhan dengan mereka tetapi aku masih ada ibu aku yang masih memberi semangat. Menyesal sebenarnya bila aku tidak dapat membanggakan ibu aku. Aku seperti sudah memusnahkan harapannya.
Ada satu saja yang aku simpan dalam hati. Sekiranya aku terhenti di sini, aku tidak akan berhenti selamanya. InsyaAllah aku cuba di bidang yang lain. Dan jika aku gagal, aku akan bangkit kembali.
Di sini saja aku mampu luahkan . Luahkan pada orang makin dihina ada. Mujur ada ibu dan keluarga yang lain . Terima kasih .
Comments
Post a Comment