Cita Cita Yang Terkubur ?

Bercerita tentang cita-cita, mesti ramai yang teringatkan masa kecil dahulu . 

Tidak dapat dinafikan apabila kita ditanya tentang cita-cita semasa kecil, jawapan yang keluar mestilah ingin menjadi seorang doktor, polis, tentera, juruterbang dan lain-lain . Saya juga tidak terkecuali. Semasa kecil apa yang saya ingin jadi ialah seorang juruterbang ataupun peguam. Kebiasaannya, cita-cita seseorang akan berubah apabila usianya turut meningkat. 

Tidak bagi saya. Sehingga sekarang, kedua-dua kerjaya tersebut masih menjadi minat saya. Saya sedar minat saya ini tidak berubah apabila saya sering membaca akhbar terutamanya bahagian jenayah atau apa-apa artikel yang berkaitan undang-undang. Bukan itu sahaja, apabila melayari internet saya sering mencari apakah undang-undang yang ada di Malaysia walaupun sukar didapati.

 Semasa memohon melanjutkan pelajaran juga, bidang undang-undang menjadi keutamaan saya semasa memohon tetapi apakan daya, saya tidak melepasi syarat kelayakannya . Tidak terhenti di situ sahaja kerana saya mungkin akan cuba sedaya upaya untuk melepasi tapisan yang mereka inginkan . 
Tidak dapat menjadi seorang peguam pun tidak mengapa asalkan saya berpengetahuan dalam undang-undang.

Itu yang pertama, bagi cita-cita yang kedua pula saya ingin menjadi juruterbang. Bukan juruterbang pesawat komersial tetapi pesawat tempur tentera . 

Kelakarkan bila dengar ? Pernah juga saya ditertawakan tetapi saya hanya layankan saja mereka yang ketawa . Minat saya apa salahnya . Ini sememangnya saya tidak layak dan memang tidak akan tercapai hasrat ini . Hahaha ... Oleh sebab minat yang mendalam, saya sering mencari bahan-bahan yang boleh dibaca ataupun dilihat mengenai pesawat tempur ini . Bahkan juga, saya membeli dua buah model pesawat tempur yang ada di Malaysia . Apabila ada pameran seperti  Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA), saya tidak dapat menghadirinya atas sebab-sebab tertentu .  Tengok di laman sosial sahaja mampu . Antara sebab cita-cita saya ini telah lama terkubur ialah faktor fizikal saya . Faham-faham sendiri ya .

Walau bagamaimanapu, saya tidak kecewa apabila saya gagal mencapai apa yang diinginkan . Mungkin ada rezeki di tempat lain. Cuma kadang-kadang berharap juga diberi peluang menaiki pesawat-pesawat tentera. Hehehe .. Rasanya sampai sini sahaja catatan saya . Terima kasih .

Comments

Popular posts from this blog

Gerik, Perak

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

PILIHAN RAYA KAMPUS