STRES MEMAKAN DIRI ?

ASSALAMUALAIKUM

Tempoh hari saya ada menceritakan serba sedikit mengenai tekanan atau lebih dikenali dengan stres . Seperti mana yang kita tahu, stres merupakan suatu tekanan perasaan yang dihadapi oleh sesorang apabila berhadapan dengan masalah yang dialami dalam sesuatu situasi . Hari ini saya ingin menceritakan apakah kesan stres terhadap seseorang itu . 



Antara kesan stres terhadap seseorang itu ialah seseorang itu akan mempunyai motivasi yang rendah dalam erti kata lain seseorang itu akan berasa " down " . Motivasi yang rendah terhadap seseorang akan menyebabkan dia sering ingin berputus asa dan kadangkala ingin bersendirian . Motivasi yang rendah ini juga menyebabkan mereka sering berasa salah ketika tidak membuat sesuatu . Mereka sering berasa kurang yakin dengan kerja yang dilakukan ...

Kesan yang seterusnya ialah menjejaskan kesihatan seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana, seseorang yang mengalami stres sentiasa memikirkan masalah yang dihadapi . Masalah yang tidak dapat diselesaikan itu akan menghantui dirinya menyebabkan dia sering berasa terganggu ketika ingin melakukan sesuatu yang seronok. Apabila dia memikirkan masalah itu, kesihatannya akan terjejas kerana tekanan darah akan naik. Seperti yang kita tahu, tekanan darah tinggi ataupun hipertensi akan berlaku sekiranya seseorang itu stres .

 Penyakit ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya berlaku tanpa kita sedari . Kena ingat bahawa tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan seseorang itu mengalami strok . Jadi stres yang lama sangat bahaya terhadap seseorang . 

Selain itu, stres menyebabkan kualiti kerja yang dihasilkan seseorang itu kurang memuaskan . Hal ini berlaku apabila mereka tidak dapat menumpukan perhatian dengan baik semasa melakukan kerja tersebut . Fokus yang terganggu menyebabkan mereka tidak dapat melakukan sesuatu dengan betul . Akibat daripada itu mungkin ada kesilapan yang dibuat tanpa disedari . Keadaan ini mempengaruhi persepsi orang lain terhadap diri .

Oleh itu, diingatkan bahawa kita semua perlu mengelakkan diri daripada tekanan atau stres . Kita tahu pelbagai cabaran yang perlu kita hadapi tapi kita perlu menanganinya dengan baik . Keadaan ini diperlukan bagi mengelak tekanan ini memakan diri kita di mana kita menjadikan diri sebagai mangsa . Tanganilah dengan elok . Sekian ..

Comments

Popular posts from this blog

Gerik, Perak

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

PILIHAN RAYA KAMPUS