DASH !!!
PERNAH DENGAR DASH ! Yonkuro ???
Dash! Yonkuro merupakan sebuah cerita animasi bersiri Jepun yang ditayangkan pada zaman dahulu . Saya pun tidak berkesempatan melihat cerita ini . Walaubagaimanapun, saya mengetahui cerita ini melalui abang saya . Cerita ini mengisahkan tentang perlumbaan kereta mini " Dash " yang mana setiap karakter dalam cerita ini berupaya untuk memberi arahan kepada kereta lumba masing-masing dan mampu mengeluarkan kuasa. Oleh itu, ramai berminat dengan model kereta lumba mini itu menyebabkan syarikat TAMIYA mengeluarkan kit model kereta tersebut .
Saya ketika dahulu tidak melepaskan peluang untuk memilikinya . Pada sekitar tahun 2000, model kereta-kereta tersebut tidaklah mahal. Sekitar puluhan ringgit sudah boleh didapati . Selepas membelinya, kita dikehendaki untuk memasang setiap bahagian kereta berkenaan . Ya, memang merumitkan terutama yang melibatkan bahagian-bahagian yang kecil tetapi disebabkan minat saya memasangnya bersama sama abang saya . Siap dipasang barulah boleh main . Dahulu kami bermain dengan lasak sehingga rosak. Tidak tahu lagi betapa berharganya ia sekarang.
Kini, model-model kereta tersebut sudah menjadi buruan kembali . Ramai yang mencarinya sekarang sehinggakan mengadakan satu acara perlumbaan . Saya dan abang kembali mencari . Melalui laman sesawang www.mudah.my , kami menemui seorang penjual dari Kuala Lumpur yang menjual pelbagai jenis model kereta Dash! Yonkuro . Apa yang mengejutkan kami, harganya tidaklah seperti dahulu lagi . Melonjak berlipat kali ganda . Jika dahulu, RM100 itu boleh dapat 2 hingga 3 model kereta tetapi sekarang tidak lagi .
Gambar di atas ini gambar model kereta Dash! Yonkuro yang saya dan abang saya beli tahun ini daripada penjual di Kuala Lumpur tersebut . Harga ketiga-tiga buah model kereta ini sekitar RM220 termasuk kos penghantaran . Macam orang putih cakap " old is gold " . Memang betul-betul berharga. Mujur abangpun minat sama . Dapatlah berkongsi . Mengambil masa 2 hari untuk siapkan ketiga-tiga model ini . Kena teliti jika inginkan hasil yang lawa . Hilang satu bahagian yang ingin dipasang, anda akan rasa mahu beli yang lain . Saya yang memasangnya memandangkan abang berada di luar kawasan .
Memang puas hati bila sesuatu yang kita mahukan itu kita sudah dapat . Kita kena hargainya sebaik mungkin . Itu saja perkongsian kali ini .
Comments
Post a Comment