FILEM KEGEMARAN
Tahukah mengapa ?
Untuk pengetahuan umum, ketiga-tiga filem ini merupakan filem dari negara Amerika Syarikat (USA) yang diarahkan oleh pengarah Peter Berg. Apa yang membuatkan saya suka melihatnya ialah ketiga-tiga filem ini merupakan kisah benar yang difilemkan untuk mendedahkan kisah ini kepada umum . Kesemua filem ini melibatkan apa yang berlaku terhadap USA .
Filem Lone Survivor ( 2013 ) dan Patriots Day ( 2016 ) diarahkan oleh Peter Berg, manakala filem 13 Hours : The Secret Soldiers Of Benghazi ( 2016 ) diarahkan oleh pengarah Michael Bay. Ketiga-tiga filem ini mengisahkan bagaimana tentera dan polis USA bertahan apabila berdepan dengan serangan pengganas .
4 anggota SEALs yang dihantar dalam Operation Red Wings.
Lone Survivor menceritakan kisah seorang tentera USA, Marcus Luttrell, bersama 3 rakannya dihantar ke Afgahnistan untuk bagi menjalankan operasi memburu ketua taliban, Ahmad Shah dan operasi ini dinamakan " Operation Red Wing " . Lone Survivor ini merujuk kepada Marcus Luttrell yang mampu bertahan seorang diri semasa berdepan dengan taliban apabila 3 rakannya terbunuh semasa berbalas tembakan dengan taliban apabila kehadiran mereka sudah dikesan.
Marcus Luttrell (tengah) diselamatkan oleh pasukan bantuan dan merupakan satu-satunya anggota yang berjaya menyelamatkan diri semasa diserang.
Apa yang menariknya di sini, kisah ini menunjukkan kecekalan seseorang itu untuk terus berjuang selagi mampu berlawan. Saya dapat lihat Marcus Luttrell ini tetap berjuang kerana dia tidak mahu nyawa rakan-rakannya yang maut semasa pertempuran dengan taliban itu dipersiakan begitu sahaja.
Bagi filem Patriots Day pula, ia merupakan kisah mengenai tragedi letupan bom akibat serangan pengganas semasa acara marathon dijalankan di Boston, Amerika Syarikat. Dalam tragedi ini, 3 disahkan maut dan lebih 100 orang cedera berdasarkan laporan akhbar Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/suspek-bom-boston-rancang-lebih-banyak-serangan-1.152887 . Dalam filem ini, ia menunjukkan bagaimana pihak berkuasa di Boston ketika itu gigih menyelamatkan mangsa walaupun dikerahkan untuk mencari pengebom tersebut . Apa yang menariknya juga filem ini turut menunjukkan penghargaan yang dibuat oleh orang awam di Boston itu terhadap pihak-pihak yang terbabit dalam tragedi tersebut.
Slogan " Boston Strong " wujud sebaik sahaja kejadian ini berlaku menunjukkan masyarakat di Boston bersatu hati semasa berdepan situasi ini.
Seterusnya ialah filem 13 Hours: The Secret Soldiers Of Benghazi. Filem ini mengisahkan tentang perjuangan tentera USA di Benghazi, Libya semasa kedutaan mereka di sana diserang oleh pemberontak pada tahun 2012.
Dalam serangan ini, 4 warganegara USA maut termasuk duta besar USA ke Libya. Serangan mengejut yang dilakukan oleh pemberontak ini begitu dasyat apabila mereka menggunakan senjata berat semasa membuat serangan. Mereka menceroboh kediaman kedutaan dan bertindak membakarnya. " 13 Hours " ini merujuk kepada tempoh 13 jam semua warga USA di Benghazi itu bertahan sehingga bantuan tiba membawa mereka keluar dari kawasan pertempuran. 13 jam itu bertahan dengan jumlah anggota pertahanan USA yang kecil tetapi mampu berhadapan dengan ratusan pemberontak ketika itu . Terdapat juga orang awam yang bertindak membantu anggota pertahanan USA ketika itu. Anda dapat lihat mereka dalam filem ini .
Akhir kata, saya merupakan seorang yang sukakan filem-filem yang mempunyai kisahnya tersendiri. Dalam ketiga-tiga filem ini semuanya menceritakan kisah benar. Selepas saya mengetahui ini kisah benar saya cuba pula untuk mencari artikel-artikel berkaitan untuk membaca apa yang berlaku. Tidak dapat dinafikan, filem ini menyentuh hati kerana semangat juang yang ada pada mereka belum tentu kita mampu mendalaminya. Untuk mengetahui lebih lanjut, rajin-rajinkanlah menonton filem ini . Ianya lebih menarik dari drama cinta di televisyen. Banyak pengajarannya seperti semangat setia kawan, tidak mudah berputus asa dan semangat juang yang tinggi boleh kita pelajari di sini.
. Sekian, terima kasih .
Comments
Post a Comment