Kegagalan bukan Penyudah
Assalamualaikum
Dugaan demi dugaan datang. Tiada siapa mampu mengelak. Semua harus berhadapan dengan dugaan. Kuat atau tidak kita mengharunginya ? Itu kita sahaja yang tahu .
Jika dilihat semula, sudah banyak yang kita semua lalui sepanjang hidup kita. Pelbagai cabaran sudah kita tempuhi . Pelbagai cara sudah kita ambil untuk menanganinya . Namun begitu, ia tidak terhenti begitu saja . Kita akan berhadapan dengan yang lain pula . Di situ kita perlukan kekuatan mental mahupun fizikal . Kekuatan diri ini juga memainkan peranan penting untuk kita bertahan.
Mampukah ???
Itu persoalan yang sering timbul dalam diri. Apa akan terjadi sekiranya kita tidak berjaya ?
Semua itu kita perlu fikirkan. Sampai satu tahap kita sendiri tidak mampu bertahan. Mengundur diri itu lebih baik. Bukan bermaksud kita kalah tetapi akan ada yang baru untuk kita.
Saat mengundur diri itu, pelbagai tanggapan manusia perlu kita hadapi. Mereka menganggap kita gagal.
Ya ! Memang kita gagal di tahap ini tetapi itu bukan penyudahnya .
Tiba masa kita sendiri akan bangkit. Mungkin kita tewas di awal permainan tetapi masih ada ruang untuk kembali bangun,
Tidak dinafikan aku antara yang gagal. Jatuh bangun aku sudah berkali. Tetapi tidak sepanjang masa kita mampu menjulang kejayaan kita. Tiba masa kita rebah juga dan mengambil masa untuk bangun semula . Itu yang sedang aku hadapi.
Semoga aku mampu bertahan.
Comments
Post a Comment