Gurauan atau Hinaan ?

Bila bersama rakan-rakan, apa yang kita bayangkan ialah gelak tawa yang riang. Semestinya kita ingin bergembira bersama mereka. Bergurau senda itu sudah menjadi perkara wajib semasa berjumpa. "Membahan orang" kita katakan . 


Memang kadangkala menjadi bahan ketawa kita apabila ada seorang rakan itu dijadikan "main point" dalam sesuatu gurauan tetapi pernahkah kita fikir apa yang dia rasa  ?


" Eleh mental koyak ", " gurau sikit tak boleh ", itulah yang sering keluar dari mulut mereka yang menggunakan seseorang sebagai bahan gurauan. Bukan tidak boleh, tetapi perlu diingatkan jika sudah melampaui batasan, guraun tersebut menjadi satu hinaan buat diri seseorang yang menyebabkan dia akan merasa malu . 

Guraun yang dibuat juga seharusnya perlu mengambil aspek sensitiviti orang ramai. Kadangkala, kita terlepas pandang aspek ini. Kegagalan kita menitik beratkan hal ini akan menyebabkan seseorang itu akan tersinggung ataupun berkecil hati. Bukan kerana dia " koyak ", tetapi gurauan itu mungkin merupakan satu penghinaan bagi dirinya ataupun keluarga. Terlepas kata itu buruk padahnya, bak kata pepatah melayu " terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya ". Seseorang itu berkemungkinan akan mula menjauhkan diri dari masyarakat . 

Kesan dari gurauan kita menyebabkan seseorang itu akan malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Hal ini dikatakan demikian kerana, si mangsa merasakan kelemahan atau keburukkannya sudah diketahui umum. Dia akan merasakan masyarakat sering beranggapan buruk kepadanya dan mungkin juga menjadikan dia sebagai mangsa dalam sesuatu keadaan . 


Tidak dapat dinafikan seseorang itu akan memilih untuk menyendiri kerana dia merasakan itu cara paling selamat untuk menutup malunya. Hal ini boleh dipulihkan jika mereka yang membuat gurauan tersebut tampil meminta maaf dan cuba untuk memulihkan keadaan si mangsa itu sendiri. 

Harus diingatkan juga, tidak semua orang dapat menerima gurauan kita. Ya, memang susah untuk menjaga hati orang dan disebabkan itu jugalah orang kata
" berdiam itu lebih baik " kerana kita dapat menjaga hati banyak pihak . Oleh itu, beringatlah sebelum kena . 

Comments

Popular posts from this blog

Gerik, Perak

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

PILIHAN RAYA KAMPUS