HILANGNYA PEJUANG NEGARA
ASSALAMUALAIKUM
Entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai kisah sedih .
Tahun 2017 ini, kita menerima dua berita yang menggemparkan negara dalam bidang ketenteraan. Kita dikejutkan dengan kehilangan pejuang tanah air yang menjalankan tugas mengawasi pertahanan negara .
Pada 15 Jun yang lalu, negara menerima khabar duka apabila 2 juruterbang pesawat pejuang iaitu Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, dan Yazmi Mohamed Yusof, 39
yang berkhidmat di bawah Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ) apabila pesawat Hawk 108 yang diterbangkan mereka terputus hubungan semasa melakukan penerbangan . Susulan itu, pihak TUDM melancarkan operasi mencari dan menyelamat ( SAR ) .
Pesawat Hawk 108
Namun begitu, hasil operasi SAR yang dijalankan, pesawat tersebut ditemui terhempas di Chukai, Terengganu . Amat menyedihkan lagi kedua-dua juruterbang pesawat berkenaan ditemui meninggal dunia .
Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, dan Yazmi Mohamed Yusof, 39
Baru-baru ini juga, kita dikejutkan kembali apabila 2 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ) meninggal dunia semasa berada dalam tahanan tentera di Sitiawan, Perak . Kedua-dua mereka dikenali sebagai Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28 dan Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26 .
Kematian mereka masih lagi dalam siasatan oleh pihak polis kerana pada mulanya pihak polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut tetapi diubah kepada kes bunuh selepas beberapa siasatan dijalankan . Saya serahkan semua kepada pihak berwajib sahaja .
Namun apa yang ingin saya sampaikan di sini , kehilangan mereka semua ini amat ditangisi . Di saat kita rakyat Malaysia memerlukan mereka kerana mereka menjalankan tugas demi menjaga tanah air kita . Saya gelarkan mereka pejuang negara kerana tidak semua mampu menjalankan tugasan seperti mereka . Mereka merupakan insan yang terpilih dalam menjaga Malaysia .
Mereka terpaksa meninggalkan keluarga untuk terbang ke udara dalam menjaga ruang udara kita daripada dicerobohi . Mereka terpaksa meninggalkan keluarga untuk berlayar di lautan bagi menjaga perairan negara daripada dibolosi . Sesungguhnya mereka menggadai nyawa demi kesejahteraan kita dan keselamatan negara .
Amat sedih apabila saya mendengar khabar ini . Bukan saya tidak menghargai anggota yang lain tetapi pemergian mereka ini antara yang mengejutkan negara .
Tidak ramai yang mahu menggalas tugasan mereka . Semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini .
Comments
Post a Comment